'End Product' {Ibnor & Nadiah}


SALAM 1 Malaysian...
Pertama sekali saya minta ampun dan maaf atas kualiti gambar yg ada dlm post nie. Memandangkan sangat sibuk tak sempat nak keluarkan kamera besor jadi kamera handphone jer lah yang mampu dirembat dan diambil gambor. Permulaan cerita berbunyi begini, kali nie punyer task mmg agak mencabar memandangkan saya kene keluar sewal 7pagi pada hari raya ke-4. Dlm meeting yang telah dibuat sebelum nie, pengantin nak 1 album yang mana dpt menceritkan ttg permulaan majlis sehingga ke akhirnya. jadi task saya bermula pada hari raya ke-3 lagi petang. Pengantin nak saya shoot untuk persediaan majlis beliau.Majlis akad nikah bermula pada 9.oo pagi jadi mmg menjadi rutin saya untuk keluar awal dan sampai awal di tempat majlis berlansung. Yang lagi mencabar tempat akad nikah dan tempat persiapan pengantin agak jauh. Dengan BERKAT kefahaman family pengantin perempuan kita telah dipos ke dalam kereta  pengantin. wwoooooo beshnyer, duk belakang lagi woot..woot.Haaa bestkan,Family yang plg best dan sempoii & sangat memahami situasi sbb pagi tue hujan renyai-renyai. Selesai majlis akad nikah balik ke tempat majlis di Rest House Teluk Intan. Majlis resepsi telah berlansung di dewan Rest House .Senangkan? dekat jer so takda lah penat nk berkejar tgkp gambor. Alhamdulillah, walaupun hati sebenarnya dah ada kat rumah lagi-lagi famlily ramai dtg rumah yer lah Raya Ke-4 kann. Tapi disebabkan komitmen dan tanggungjawab yg telah diberi usahakan untuk mendapat shoot yang terbaik. walaupun terpaksa berhadapan dengan videographer yang kurang keyakinan diri (bak Kata Along) sabor jer lah. macam-macam dugaan yang akan kita terima semasa menjalankan task ada yang diduga dan juga ada yang tidak diduga.Jadi kene bersedia fizikal dan mental lagi-lagi time shoot dalam hujan pulakkk lagilah perut berkeroncong.Yang bestnyer pengantin, mak pengantin, sedara pengantin duk tanya saya dah makan ke belum risau betul takut saya balik tak makan .sedangkan dalam etika bekerja saya KERJA DULU BARU MELANTAK.Lauk dier jangan cakap mmg best dan terbaik, 
dari menu Melayu---> menu Mamak----> menu org puteh mmg best.Macam-macam ada.tak nak sembang banyak-banyak mood nak tidur membuak-buak..  last but not least They have give a very good cooperation towards me.. tq very much Along, Angah, Ika, cik Wana, lagi...lagiii.... semualah.. tak larat nak list down! semua yang telah memberi kerjasama yang baik sekali dengan saya.
yebaaa...hope dapat jumpa lagi dan berkhidmat lagi dengan awak-awak semua... 
tq...tq....tq.... for Supporting Hidden Photography... 
\










(sorry for low quality image)

Comments

Popular Posts